6 KELEBIHAN MEMILIKI BAJU COTTON

1) Mudah dibasuh
Cotton adalah kain yang ringan dan nipis. ianya mudah dibasuh kerana tidak akan berat bila direndam didalam air, tidak mudah rosak jika diberus dan mudah hilang kotoran kerana tenunannya yang tidak terlalu rapat.

 

2) Cepat kering.
Cotton juga cepat kering berbanding fabrik lain kerana sifatnya yang breathable (berangin) supaya pemakai kekal kering dan nyaman. Ia juga tidak merangkap bau kerana bahan asasnya adalah kapas yang ringan dan halus.

 

3) Sesuai dipakai di mana-mana.
Cotton sesuai di gayakan dalam setiap tempat dan keadaan kerana ianya bersifat versatil lalu sesuai dicampur atau ditenun dengan pelbagai jenis fabrik. Cotton adalah kukuh dan kuat tidak mudah untuk lusuh dan koyak.

 

4) Permukaan fabrik yang lembut.
Tahukah anda cotton juga adalah termasuk diantara senarai kain fabrik yang lembut malah ianya ringan, beralun dan tidak melekap! Tidak seperti fabrik lycra/polyester/koshibo yang berat, panas dan melekap pada badan. Tailor paling suka fabrik ini kerana mudah dibentuk dan di potong.

 

5) Tampak kemas, lebih selesa.
 Penggunaan yang selesa dan memuaskan hati. Material lembut dan tidak panas. Bahan mesra-air (hydrophilic) yang mana ianya menyerap basah dan cecair dengan lebih pantas berbanding bahan lain.

 

6) Tidak melekap pada anggota badan.
Cotton tidak melekap pada anggota badan kerana sifatnya yang tidak mampu menampung statik eletrik. Berbeza dengan bahan lain seperti contoh polyester, ia mampu menampung statik eletrik yang banyak hingga membuatkan fabrik tersebut melekat pada anggota.jika anda memakai cotton tetapi tetap juga melekap pada anggota, sila semak semula bahan yang digunakan didalam fabrik itu. Kemungkinan besar ianya adalah kain cotton yang dicampur dengan bahan lain.